Semasa

Dua kejadian letupan ragut 2 nyawa

Sasar kedai awam, bas mini

AZAAZ : Dua kejadian letupan berasingan berlaku di Azaz, di utara Syria meragut dua nyawa orang awam pada Selasa (29 Dis)

Letupan pertama berlaku di sebuah kedai di tengah bandar itu, berhampiran wilayah Kilis di Turki.

Walaupun tiada sesiapa yang cedera, serangan itu memusnahkan bangunan di sekitar lokasi kejadian.

Letupan satu lagi, mensasarkan bas mini, di daerah Soran menyebabkan dua orang awam maut.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab di atas letupan bas berkenaan walaupun terdapat persamaan dengan kejadian sebelum ini yang dikaitkan dengan puak pemisah. –  YPG/PKK.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button