Dunia

24 terbunuh serangan bas di Syria

13 lagi cedera

SYRIA : 24 orang terbunuh dalam satu serangan bas di lebuh raya di wilayah Deir al-Zor, timur Syria bersempadan Iraq.

Agensi berita SANA melaporkan 13 orang lagi cedera, dalam serangan ke atas bas yang dalam perjalanan di antara Deir-ez-Zor dan wilayah barat Homs.

Penduduk tempatan berkata 24 terbunuh mati syahid kerana menjadi mangsa dalam seranan ganas itu.

Serangan itu menurut penduduk dan puak pemisah dilakukan daripada kenderaan tentera.

Kejadian berlaku di kawasan dikuasai tentera Syria dan puak pemisah disokong pemisah di Palmyra.

Bagaimanapun satu lagi sumber menyebut lebih kurang 30 orang tentera terbunuh kebanyakannya dari tentera elit  empat Briged, sejak berjaya menewaskan pengikut Islamic State pada tahun 2017, di kawasan kaya dengan pengeluaran minyak.

Penduduk Deir al-Zor berkata sejak beberapa bulan ini serbuan dan kejadian langgar lari semakin hebat dilakukan oleh militan ISIS yang bersembunyi  di kawasan gua dan pergunungan berdekatan.

https://www.riskmap.com/incidents/1121744/?utm_campaign=riskmap_

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button