DuniaSemasa

Perginya ulama terulung Yaman pada usia cecah 100 tahun

Dunia Islam kehilangan seorang lagi ulama terkemuka dunia

YEMEN : Tokoh terkemuka kelahiran bumi Yemen, al-Allamah Syeikh Muhammad Ismail al-Imrani meninggal dunia pada usianya yang hampir mencecah100 tahun.

Dilahirkan pada 1921 di kota Sana’a, Muhammad bin Ismail terkenal dengan panggilan Al-‘Amraniy kerana sejarah keluarga beliau yang berasal dari daerah Amran.

Beliau merupakan seorang insan yang mengabdikan dirinya hampir 80 tahun sebagai tenaga pengajar, mufti dan pembawa risalah kasih sayang dan kedamaian, disamping membina ukhuwah dan sifat toleransi.

Keperibadian beliau yang mulia mendapat perhatian tokoh Islam dunia. Imam Syaukani sehingga  merakamkan sifat Al-‘Amraniy dalam kitab terulung beliau iaitu Badr al-Thali’.

Pemergian beliau turut dirasai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkongsi perkhabaran duka ini di laman Twitter miliknya.

 

Dunia Islam bukan sahaja kehilangan ulama kelahiran Yemen yang berpengaruh dan mempunyai suara di peringkat dunia malah, malah turut kehilangan murabbi yang berjaya melahirkan ramai tokoh ulama, qadi dan pendakwah terulung.

Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama salafus soleh.

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

 

Related Articles

Back to top button