“Diskriminasi terhadap pelarian larikan diri dari konflik Ukraine perlu dihentikan”
Diskriminasi dan perkauman terhadap warga asing yang melarikan diri dari Ukraine “mesti dihentikan,” kata ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi pada Khamis sambil menyeru negara untuk menyiasat dan menanganinya dengan segera.
“Saya bimbang tentang laporan yang dipercayai wujudnya diskriminasi, keganasan dan xenofobia terhadap warga negara ketiga yang cuba melarikan diri dari konflik di Ukraine,” kata Ketua Pengarah IOM Antonio Vittorio.
“Biar saya jelaskan, diskriminasi atas dasar kaum, etnik, kewarganegaraan atau status penghijrahan adalah tidak boleh diterima. Saya kesal dengan tindakan sedemikian dan menyeru Negara untuk menyiasat isu ini dan menanganinya dengan segera, “kata Vittorio.
Beliau berkata bahawa lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada puluhan warganegara, termasuk pekerja asing dan pelajar yang tinggal di Ukraine menghadapi cabaran untuk meninggalkan kawasan yang dilanda konflik, kesukaran untuk merentas sempadan ke negara jiran serta bagi mendapatkan bantuan menyelamatkan nyawa.
“Kami menerima laporan tentang diskriminasi yang mengakibatkan peningkatan risiko penderitaan,” kata ketua IOM itu.
Vittorio menegaskan bahawa negara jiran perlu memastikan bahawa semua mereka yang melarikan diri dari Ukraine diberikan akses tanpa halangan ke negara mereka tanpa mengira status dan mengikut Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.
“Perlindungan dan bantuan segera mesti diberikan dalam cara yang tidak mendiskriminasi dan bersesuaian dengan budaya, selaras dengan keperluan kemanusiaan, kepada semua orang yang terjejas akibat konflik sepanjang perjalanan mereka ke tempat perlindungan,” katanya.
Dalam pada itu, Vittorio mengalu-alukan cadangan Suruhanjaya Eropah untuk mengaktifkan Arahan Perlindungan Sementara untuk membantu orang yang melarikan diri dari Ukraine.
-AGENSI