DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Akaun Whatsapp wartawan Palestin disekat ketika peperangan berlangsung

Babitkan 100 wartawan

GAZA : Akaun aplikasi WhatsApp milik wartawan Palestin didakwa disekat pada ketika pertempuran di antara Israel dan HAMAS di Gaza berlansung.

Menurut AFP, dua wartawan biro Gaza City AFP menerima notis daripada WhatsApp memaklumkan bahawa akaun mereka disekat tidak beberapa lama setelah gencatan senjata yang berkuat kuasa pada Jumaat 2:00 pagi waktu tempatan diputuskan.

Sementara itu wartawan lain, di Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta Gaza, juga memberitahu mengalami perkara yang sama.

Seorang petugas dari saluran berita satelit yang berpangkalan di Qatar, Al Jazeera, pula berkata akaun mereka dikembalikan selepas mereka membuat aduan kepada pemilik WhatsApp iaitu Facebook.

Naib Presiden Persatuan Wartawan Palestin, Tahseen al-Astall, berkata “kira-kira 100 wartawan” di Gaza mendapati akaun WhatsApp mereka telah disekat.

“Sebagai sebahagian keperluan untuk membuat liputan konflik dari kedua-dua pihak, wartawan di Gaza menerima kenyataan daripada Hamas, termasuk menerusi aplikasi WhatsApp. Meskipun kumpulan bersenjata Palestin itu disenarai hitam oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat kerana dituduh milik “kumpulan dan entiti yang terlibat dalam tindakan pengganasan”.

Dalam pada itu, Pusat Pembangunan Media Sosial Arab berkata tindakan menyekat akaun WhatsApp wartawan itu bukan kes terpencil.

Dalam satu laporan daripada kumpulan itu yang berpangkalan di Haifa,  500 kes melibatkan pencabulan “hak digital’ penduduk Palestin dilaporkan di antara 6 Mei dan 19 Mei lalu.

“Kandungan dan akaun dipadamkan, dikurangkan atau dihadkan, tanda pagar (hashtag) disembunyikan dan kandungan arkib dihapuskan. Kira-kira 50% daripada laporan itu mengenai Instagram, 35 peratus Facebook, 11 peratus Twitter dan 1% Tik Tok.” – Laporan Pusat Pembangunan Media Sosial Arab

“Syarikat-syarikat itu tidak memberikan penjelasan mengenai tindakan memadam atau menggantung kandungan dalam kebanyakan jawapan mereka kepada pengguna,” menurut laporan sama.

“Bagaimanapun, alasan yang diberikan kepada pengguna termasuk ucapan kebencian, pencabulan piawaian masyarakat, meminta bukti identiti, antara lainnya.”

Jurukempen 7Amleh, Mona Shtaya, memberitahu AFP mereka menyaksikan “peningkatan menafikan hak digital warga Palestin” sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Media sosial kekal sebagai satu alat penting bagi rakyat Palestin, yang mana kebanyakan mereka percaya liputan media tradisional sahaja tidak mencukupi untuk merakamkan realiti sebenar krisis berkenaan yang berdekad lamanya.

Serangan udara dan tembakan Israel ke atas Gaza mengorbankan 253 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih 1,900 orang dalam konflik selama 11 hari dari 10 Mei lalu, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button