DuniaSemasa

Data maklumat pelajar Israel digodam

Maklumat hampir 300,000 pelajar Israel itu didedahkan menerusi aplikasi Telegram

Sebuah organisasi yang dipercayai berasal dari Malaysia, bergelar Dragon Force, mendakwa telah menggodam dan mendedahkan maklumat hampir 300,000 pelajar Israel, lapor media tempatan.

Menurut laporan itu, organisasi terbabit telah mendedahkan nama, nombor telefon, e-mel dan alamat rumah mereka dari AcadeMe, iaitu rangkaian perekrutan pelajar dan graduan terbesar Israel.

Menerusi satu tangkap layar yang turut dikongsikan media Israel itu, operasi terbabit dinamakan “#OpsBedil 2.0” dan menyeru semua penggodam, organisasi kemanusiaan dan aktivis supaya bersatu dan mulakan kempen menentang Israel.

Maklumat kira-kira 280,000 pelajar sejak 2014 hingga kini didedahkan serta 100,000 alamat e-mel menerusi aplikasi Telegram.

Antara institusi yang bekerjasama dengan AcadeMe termasuk Universiti Ben Gurion, Technion dan Universiti Haifa serta banyak lagi.

DragonForce Malaysia berkata, pembocoran maklumat itu dikaitkan dengan konflik 11 hari antara Israel dan Hamas.

Organisasi itu juga dilaporkan telah menggodam pelbagai rangkaian rakaman litar tertutup (CCTV), termasuk perumahan dan agensi kerajaan, bulan lalu.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button