PendidikanSemasa

STAM 2020 : mengaji Quran, solat malam, tidak bertangguh – rahsia calon dapat Mumtaz

27 daripada 5,574 calon peroleh Mumtaz Sofi (amat cemerlang)

KOTA BHARU :  Seramai 27 atau 0.5% calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 memperoleh keputusan 10 Mumtaz selepas keputusan diumumkan secara dalam talian. Seramai 5,574 calon menduduki STAM yang diadakan dalam norma baharu ekoran penularan pandemik Covid-19.

Di Kota Bharu, salah seorangnya ialah Muhammad Amnan Hazimi Che Mat, 19, pelajar dari Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, yang mendapat keputusan Mumtaz (cemerlang) dalam 10 pelajaran. Menurut Muhammad Amnan, mengaji al-Quran dan solat hajat setiap hari menjadi amalan untuk dia memperolehi Mumtaz Sofi.

Katanya, bagi menajamkan fikiran untuk menghafal pelajaran, dia mengamalkan baca al-Quran selepas solat Maghrib setiap hari.

“Bacaan al-Quran ini penting kerana saya perlu tajamkan fikiran memandangkan subjek STAM ini kesemuanya perlu menghafal. Jika fikiran tenang, proses menghafal juga akan jadi lebih senang dan mudah mengingati setiap subjek yang dipelajari. Selain itu, saya akan fokus dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bertanya kepada guru jika tidak memahami,”

Sementara itu  bagi  – jangan bertangguh dan fokus dalam setiap sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah kunci kejayaannya.

Memperoleh keputusan Mumtaz (Cemerlang) dalam lima mata pelajaran manakala lima lagi Jayyid Jiddan (Amat baik) Afiqah mengakui berdepan cabaran sepanjang PdPR , dengan akses internet yang lemah.

“Saya akan siapkan setiap tugasan diberi guru pada hari sama dan tidak akan bertangguh kerana tidak mahu terbeban dengan tugasan lain pula pada hari esoknya. Berikutan tempoh persekolahan secara bersemuka bersama guru di sekolah hanya dapat diadakan dalam beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, saya menggandakan usaha selain cuba mengadaptasi kaedah pembelajaran norma baharu secara PdPR.”

Di Sik Kedah, pelajar Sekolah Agama Nahdzah, Yan, Muhammad Azmi Abdullah @Yaacob ,19, berkongsi kegembiraan dan kejayaannya dengan ibu di kebun getah.

Menurut Azmi dia sudah hampir sebulan membantu ibunya, Homsah Hashim, 65, menoreh getah sebagai persediaan membeli barang keperluan jika berjaya menyambung pelajaran ke universiti.

Keputusan enam Mumtaz, tiga Jayyid Jiddan dan satu Jayyid, Azmi berkata beliau tiada resepi kejayaan luar biasa kecuali bangun seawal jam 4:00 pagi dan menunaikan solat-solat sunat.

bang”Syukur kerana ibu saya yang banyak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh selepas kematian bapa, lima tahun lalu. Saya tidak mempunyai resipi kejayaan luar biasa kecuali bangun seawal jam 4 pagi untuk tunaikan solat sunat tahajud, solat taubat dan solat hajat. Kemudian barulah saya mengulang kaji pelajaran sebelum solat subuh,”

Azmi, anak bongsu daripada 11 orang adik beradik, tinggal di Kampung Danglau, diberi pengalaman menoreh getah. Menurut ibunya, Homsah dia mengajar anak bongsunya itu menoreh getah supaya dia merasai kepayahan orang tua mencari rezeki.

Semalam (17 Jun)  Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata 227 calon, atau 4.1%, mendapat keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik).

Beliau juga berkata, calon STAM 2020 juga menyumbang kepada Gred Purata Nasional 3.04. Namun, Datuk Pkharuddin menyatakan bahawa kerana format baru yang digunakan oleh calon STAM 2020, keputusan ujian tidak akan dibandingkan dengan keputusan STAM 2019.

Penjadualan semula dimuktamadkan selepas selesai peperiksaan awam

“Calon yang memperoleh pangkat Jiddan (Baik) dan Maqbul (Lulus) pula masing-masing seramai 926 (16.6 peratus) dan 2,477 (44.4 peratus), “Analisis keputusan ujian hanya melibatkan calon yang mengambil peperiksaan STAM untuk pertama kalinya, mendaftarkan 10 subjek, dan mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. ” – Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia / Datuk Pkharuddin Ghazali

Sebanyak 442 calon atau 7.9% calon memperoleh keputusan Mumtaz; sejumlah 1,226 calon (22%) Jayyid Jiddan; Jiddan (1,758 calon atau 31,5%); Maqbul (230 calon atau 4,1%)) Dan 1,918 calon atau 34,4% calon yang tidak berkelayakan.

Ini menjadikan 65.6% calon layak untuk mendapat sijil, dan juga menunjukkan bahawa walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, rekod kehadiran calon STAM 2020 adalah yang tertinggi dalam empat tahun, iaitu 83.39%.

Sijil STAM memberi hak kepada calon untuk memohon kursus sarjana di Universiti Al-Azhar, universiti Mesir dan tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Related Articles

Back to top button