InspirasiSemasa

Pelajar Malaysia di Jordan juarai pertandingan tilawah inter-varsiti

Ahmad Luqman Ahmad Zaini bawa pulang sijil & wang 2,000 Dinar

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Jordan, Ahmad Luqman Ahmad Zaini mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan tilawah inter-varsiti yang diadakan di Amman, Jordan, hari ini.

Ahmad Luqman yang merupakan pelajar tahun empat di Wise University, Jordan itu berjaya mengalahkan 245 peserta antarabangsa yang lain.

“Ahmad Luqman membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah 2,000 Dinar.”

“Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Filipina, manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Syria,” menurut kemaskini di Facebook Education Malaysia Jordan-EMJ.


Turut hadir pada majlis itu Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid.

Sementara itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Luqman yang juga bekas pelajar Darul Quran JAKIM atas kejayaan itu.

Ahmad Luqman Ahmad Zaini sebelum ini telah mendapat pendidikan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Negeri Sembilan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button