Covid19Semasa

Covid-19 : Pendaftaran bersyarat vaksin Moderna diluluskan

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju memberi pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana vaksin Covid-19 Moderna di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) semalam.

“Mesyuarat telah bersetuju memberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) daripada pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol.

“Produk Spikevax ini juga dikenali sebagai vaksin Covid-19 Moderna,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Tambah beliau, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya.

 

-K! Online

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button