Semasa

Siti Nurhaliza, Datuk K mohon maaf!

Perjelas majlis tahnik, patuh SOP

KAJANG : Apabila ada selebriti merentas negeri atau mengadakan majlis keraian dan kemudian memuat naik di laman sosial masing-masing, masyarakat Malaysia terus melontarkan kemarahan mereka seperti yang terdapat pada komen-komen yang dinyatakan mereka di era media digital masakini.

Sejak beberapa hari lalu, netizen mempersoal isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh seorang penyanyi terkemuka tanah air itu dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila terdapat beberapa individu dari luar Kuala Lumpur dibenar merentas negeri bagi menghadiri ke majlis tahnik tersebut.

Tidak terkecuali, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Sehubungan itu, Datuk Seri Siti hari ini tampil memohon maaf dalam satu kenyataan media dua muka surat. Pertama-tamanya biduanita negara itu memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu telah menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.

Beliau yang lebih senang dipanggil Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, turut memberi penjelasan berhubung kehadiran seorang penceramah terkenal yang dikatakan hadir dari Terengganu. Dijelaskan pendakwah berkenaan sebenarnya memang sudah pun berada di ibu negara ketika majlis diadakan bagi urusan lain. Individu terlibat juga bersetuju untuk hadir kerana kebetulan memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

Siti juga menjelaskan mengenai kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Zulkifli Al Bakri.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, kunjungan itu bukanlah majlis khas seperti yang disangka.Sebaliknya, beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Berhubung isu yang sedang tular di media sosial, sebagai tuan rumah, saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik yang dianjurkan pada 26 April lalu yang didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri. Kami ingin memaklumkan tiada aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya, individu itu bersetuju hadir kerana kebetulan beliau berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” –  Datuk Seri Siti Nurhaliza

“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu.
Tambahnya,  majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini. Selagi berada dalam kawalan kami akan cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya.
Tambahnya, penjelasan itu dibuat bertujuan untuk menjernihkan keadaan dan menamatkan spekulasi yang boleh menjurus kepada fitnah.
“Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” terang pasangan itu lagi.
Pada masa yang sama, Siti Nurhaliza dan Khalid berkata, penjelasan ini merupakan kenyataan terakhir mereka dan dalam masa sama berharap perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik.
Oleh : Pelatih Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Related Articles

Back to top button