DomestikSemasa

MAPIM cakna nasib pengayuh beca dan petugas serta haiwan di Zoo Melaka

Bantuan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

AYER KEROH : Dalam musim pandemik Covid-19 ini pelbagai sektor di seluruh Malaysia telah terjejas teruk. Ada yang menutup sementara perniagaan dan ada juga yang terpaksa menggulung tikar akibat tidak mampu menanggung kerugian.

Keadaan ini turut memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan di bandar bersejarah, Melaka. Antara yang sangat terkesan adalah pengayuh beca yang terjejas dengan ketiadaan pelancong ke negeri itu. 

Atas dasar prihatin, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberikan sebanyak 101 buah kotak bantuan makanan asas kepada komuniti tersebut bagi membantu mengurangkan beban mereka.

Perkara serupa dialami oleh warga Zoo Melaka. Sudah hampir setahun zoo sepi tanpa pengunjung. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pekerja di dalam zoo tersebut.

Oleh itu, MAPIM menghulurkan sumbangan sebanyak 95 kotak bantuan khusus buat pekerja Zoo Melaka

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mapim Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata, program jelajah kali ini bukan hanya tertumpu kepada golongan asnaf, malah individu barisan hadapan di zoo turut mendapat perhatian.

Tambah beliau, ini merupakan pergerakan pertama MAPIM Malaysia menghulurkan sumbangan kepada lebih 90 kakitangan zoo sebagai tanda penghargaan kepada usaha mereka menjaga haiwan-haiwan ini dengan baik.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan Malaysia

 ”Bukan itu sahaja, sumbangan turut diberikan kepada haiwan dengan membawa kira-kira lima tan sayur-sayuran, buah-buahan serta 100 kilogram serbuk kunyit untuk tiga ekor gajah.

“Ini bukan program pertama MAPIM tetapi kita akan meneruskan jelajah dengan menghantar lebih 10,000 kotak bantuan termasuk di pulau-pulau,” katanya ketika ditemubual hari ini.

Bantuan tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua Majis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman selaku wakil Zoo Melaka.

Hadir sama ialah penceramah terkenal, Profesor Madya Dr Mohd Izhar Ariff dan selebriti tanah air, Zizan Razak.

Selain itu, dengan Kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), MAPIM menyampaikan 50 buah kotak makanan bagi meluaskan lagi sayap menyantuni golongan terjejas. 

Semua ini merupakan hasil sumbangan orang ramai dalam memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Oleh Nurshazlin Shahrom


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

Related Articles

Back to top button