Belum `hilang lelah’, ketuai Misi kecemasan ke Syria, misi khas bencana banjir pula akan diterajunya!
Tinjau dari udara, MAPIM siap siaga misi bantuan ke Johor & Pahang
BANGI : Ketika berada di Syria selama dua bulan lebih tidak satu pun hal ehwal masyarakat di tanah air tidak diendahkannya.
Malah sejak mendarat dari Turki pada minggu lalu, beliau terus mendapatkan pelbagai maklumat, khususnya mengenai kerja-kerja kemanusiaan.
Malah MAPIM Malaysia juga kini sedang memasuki fasa kedua membantu insan yang kurang berkemampuan untuk perbelanjaan sesi baru persekolahan anak-anak sekolah.
Pesanan supaya peka dengan keadaan di Pantai Timur juga sering diingatkan beliau kepada petugas kemanusiaan MAPIM.
Ini kerana sebaik mendarat dari Turki saban hari Jabatan Meteorologi Malaysia sering menguar-uarkan kenyataan bahawa hujan yang diramal beterusan pada akhir Disember 2020.
Ramalan itu kemudian menjadi kenyataan apabila keadaan hujan lebat semakin memburuk sehingga awal tahun 2021 mencatat kisah duka buat mangsa banjir di enam buah negeri di Semenanjung yang terjejas.
Sehinggalah kemuncaknya semalam ribuan pengguna jalan raya terkandas kerana laluan utama termasuk Lebuh raya Pantai Timur 1, telah pun dinaiki air.
Perasaan sayu jiwa melihat foto-foto dari udara yang hanya bumbung rumah melata di kawasan penuh digenangi air merata-rata. Tidak kurang juga resah apabila video-video amatur dipapar di media sosial merakam detik cemas mangsa dan kemusnahan harta benda akibat paras air yang naik menggila.”- Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby al Kahery
Baru sahaja menamatkan kuarantinnya selama tujuh hari – kerana kepatuhan SOP ke luar negara, Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby al Kahery, kini dalam keadaan siap siaga bersedia menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Beliau yang berada di Turki selama lebih dua bulan juga sudah disahkan negatif Covid-19, setelah dua kali ujian swab yang dilaluinya.
Sehubungan itu, MAPIM Malaysia sedang mengurus dan buat persiapan segera untuk laksanakan Misi Khas Bantuan Banjir ke Pahang dan Johor.
MAPIM merayu dan menggesa bantuan berbentuk kewangan mahupun bekalan asas untuk disampaikan di negeri-negeri yang dilanda banjir teruk seperti di Johor, Pahang dan Terengganu.
MAPIM juga kata (Dr.) Sani akan menggerakkan aset utama seperti klinik bergerak dua tingkat, serta `food truck’ untuk bantuan di lapangan yang turut dibantu Agensi Angkatan Pertahanan Awam.
Selaku ketua misi banjir itu katanya sasaran MAPIM adalah untuk menghantar 10 kontena dan bantuan lain dengan kos yang diperlukan sebanyak RM1 juta.
Bak kata pepatah ` peluh belum kering dan penat belum hilang – agenda sudah disusun buat ummah, (Dr. ) Sani berkata semua masyarakat disaran menyumbang melalui MAPIM bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir negara, yang ada juga dalam kalangan mereka, insan yang sudah pun terjejas akibat pandemik.
“Sayu lihat habis rumah tengelam hingga bumbung. Kita perlu bergandingan untuk jayakan Misi Khas kali ini”- luah (Dr.) Sani Araby.
Beliau juga bakal membuat Misi Fact Finding ke Pahang dan Johor esok hari menerusi helikopter atas tajaan seorang jutawan Ummah yang terpangil untuk membantu yang juga adalah sukarelawan MAPIM.
Kami akan meninjau dari udara dibeberapa titik kawasan yang terjejas teruk dan akan singgah mendarat dibeberapa lokasi dan seterusnya akan dibawa pihak APM menerusi bot untuk menghantar bantuan dan melihat lebih dekat sebelum singgah ke beberapa lokasi berkaitan di sekitar Pahang dan Johor” – Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby al Kahery
Pada Mac tahun lalu, MAPIM menggerakkan segala aset yang ada termasuk klinik bergerak Ummah Mobile Clinic dalam Misi : Ummah Bantu Ummah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bertabahlah buat mangsa, pasti dalam waktu yang singkat ini, agenda bantu mangsa banjir MAPIM Malaysia akan digerakkan pada bila-bila masa.!
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia sedang mengurus dan buat persiapan segera untuk laksanakan Misi Khas Bantuan Banjir ke Pahang dan Johor
Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066