Kemanusiaan

Terima kasih Artortoise ! al – Fatihah

Perginya penyokong isu kemanusiaan

BANGI : [UPDATE] Seorang figura yang sangat menyokong misi kemanusiaan, termasuk nasib pelarian Syria – menghembuskan nafasnya yang terakhir, pada awal pagi tadi.

@ikhsanise Artortoise atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan bin Kamarudin pulang ke rahmatullah pada jam 1:37 pagi hari ini.

Pemergiannya juga satu kehilangan buat dunia animasi tempatan.

Berita dukacita itu disampaikan menerusi laman rasmi Facebook Artortoise.

Kenyataan bagi pihak Artortoise itu menyebut, mereka memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau.

“Sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja mohon juga diampuni.”

Doa juga dipohon supaya urusan jenazah Allahyarham dipermudah.

Jenazah dikebumikan selepas waktu solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam di Bandar Seri Putra, Kajang.

Allahyarham juga sering menyokong aktiviti kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia dan membantu menguar-uarkan misi MAPIM kepada umum.

Allahyarham baru saja menyambut hari lahirnya yang ke-36 pada 2 November lalu.
Beliau ketika itu masih dirawat akibat Hepatitis B di Hospital Selayang sejak 22 Oktober lalu.

 

Foto Allahyarham ketika menjalani rawatan di hospital. – Ikhsan Kamaruddin

Ikhsan yang begitu sinonim dengan karakter Artortoise, sentiasa menyajikan orang ramai dengan kartun ilmiah serta nasihat.

Terima kasih Artortoise!

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ 

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Amiin.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button