Semasa

Mangsa ketiga Johor ditemui

Jumlah mangsa meningkat lebih 20,000 orang

JOHOR BAHRU : Enam negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu di Kelantan dan Perak, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara termasuk di Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor terus meningkat seramai lebih 20,000 pada 4 Disember.

 pic: Ihsan FB @hrhcrownprinceofjohor

Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata dua daerah paling terjejas banjir adalah Kluang dan Kota Tinggi yang terpaksa memindahkan lebih 2,000 penduduk di 39 PPS.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kampung Pasir dan Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai.

pic: Ihsan FB @hrhcrownprinceofjohor

Di Kluang, mayat seorang pelajar yang hilang sejak semalam, Ikmal Hakimi Mahasan, ditemukan di Kampung Bentong, Kluang tengah hari ini, sekaligus menjadi korban kedua banjir di Johor.

Mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama Universiti Sains Islam (USIM) ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh pada pukul 12.20 tengah hari itu.

“Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk ke rumah kenalan universitinya yang tinggal di Kampung Bentong, ” – Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng

 

Ikmal Hakimi yang menjadi korban kedua banjir di Johor pic: Ihsan Berita Harian

“Bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, memberitahu Hakimi mahu ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki banjir.

“Mangsa juga ada memberitahu rakannya bernama Syafikh bahawa dia dapat tahu ada jalan lain ke Kampung Bentong iaitu melalui jalan Kampung Melayu Nyior.

“Namun selepas daripada itu, percubaan untuk menghubungi telefon bimbit milik mangsa dan pencarian di rumahnya juga gagal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat.

Sabtu lalu, seorang wanita menjadi korban pertama banjir selepas ditemui lemas dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh, Kluang.

Ketika kejadian pada jam 12.39 tengah hari itu, Halijah Majid, 59, terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira satu meter.

Dalam pada itu, mangsa ke tiga Md Rajihan  Junaidi telah ditemui selepas dilaporkan hanyut bersama kenderaan dinaikinya  kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Sementara itu sehingga jam 11 malam tadi, seramai 22,347 mangsa dan 286 pusat pemindahan sementara dibuka di enam buah negeri yang terjejas banjir.

Pahang masih mencatat mangsa paling ramai,  14,616 mangsa ditempatkan di 208 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di sembilan daerah dengan Maran.

Manakala Mangsa banjir di Johor pula terus turun kepada 5,524 mangsa berbanding 6,991 mangsa berbanding tengah hari semalam  susulan penutupan 10 PPS di beberapa daerah terjejas banjir.

*Muhammad Arshad Bin Azmi (Pelajar Fakulti Animasi UITM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button