KemanusiaanSemasa

Dua anggota terbunuh, 20 cedera diserang peluru berpandu ketika solat

SANAA : Dua anggota tentera terbunuh manakala 20 lagi cedera apabila sebuah masjid di kem tentera di wilayah Abyan di selatan Yaman diserang peluru berpandu. 

Menurut sumber kerajaan itu, masjid di kem tentera itu telah menjadi sasaran serangan peluru berpandu ketika anggota tentera terbabit sedang solat. 

“Serangan peluru berpandu telah disasarkan terhadap masjid di kem infantri di wilayah Modiya di Abyan apabila anggota tentera terbabit sedang solat, sekali gus membunuh dua anggota manakala 20 lagi cedera dengan beberapa daripada mereka mengalami kecederaan parah,” demikian menurut sumber itu. 

Penasihat Kementerian Penerangan Yemen, yang mengutuk serangan itu menyifatkan serangan terbabit sebagai satu tindakan pengecut. 

Setakat ini, tiada kumpulan yang tampil atas serangan itu. 

Tentera Yaman dan Gabungan Majlis Peralihan Selatan yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini mengawal wilayah Abyan yang menyaksikan perbahalan berterusan. 

Yemen telah berdepan dengan insiden keganasan dan ketidakstabilan sejak 2014 apabila puak pemberontak Houthi tawan kebanyakkan wilayah negara itu termasuk Sanaa.  

Gabungan negara yang diketuai Arab Saudi sasar untuk mengembalikan semula kuasa kerajaan Yaman telah memburukkan keadaan, menyebabkan tercetusnya krisis kemanusiaan dengan 233,000 orang terbunuh. 

Selain itu, hampir 80 peratus atau 30 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan dan lebih 13 juta terdedah dengan risiko kebuluran, demikian menurut jangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

– Anadolu Agency

Diterjemah oleh Arif Ikhwan  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

Related Articles

Back to top button