PendidikanSemasa

Arab Saudi membenarkan anak-anak pendatang haram daftar sekolah

Ibu bapa perlu mengemukakan aku janji, mereka akan membetulkan status pemastautinnya pada tahun akademik

RIYADH: Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan pada Selasa bahawa anak-anak warga asing, yang menetap di sana secara haram, akan dibenarkan mendaftar di sekolah pada tahun akademik yang baharu.

Kementerian itu telah mengarahkan sekolah untuk menyediakan ibu bapa kepada kanak-kanak yang menetap secara haram di sana dengan borang kemasukan dan meminta mereka untuk menghubungi pejabat emiriah di wilayah tempat mereka tinggal untuk melengkapkan prosedur yang diperlukan. Borang kemasukan yang telah lengkap diisi & diluluskan  hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Foto sekadar hiasan. Sumber dari FB Arab News

Kementerian juga telah mengarahkan jabatan pendidikan di seluruh negara itu untuk menyediakan Pentadbiran Am Penilaian dan laporan statistik bulanan kemasukan bilangan pelajar yang mendaftar di setiap daerah pendidikan.

Ibu bapa (penjaga) perlu melengkapkan setiap terma dan syarat yang ditetapkan dalam borang pendaftaran bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah berkaitan pendidikan awam dan mereka yang tinggal di sana secara haram termasuk data pelajar dan bapa dan ibunya seperti dalam pasport, permit pemastautin (iqama), visa lawatan dan seumpamanya, bersama dengan alamat kediaman tetap serta data hubungan mereka.

Penjaga yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri yang diperlukan, harus mengemukakan aku janji bahawa mereka akan membetulkan status pemastautinnya pada tahun akademik itu sendiri. – sumber Saudi Gazette

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button