DuniaPalestinSemasa

Wartawan Palestin, Amer Abu Arafa ditahan tanpa tuduhan oleh Zionis Israel

LONDON: Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) mengecam tindakan Zionis Israel menahan wartawan Palestin, Amer Abu Arafa dan menggesa agar dia dibebaskan segera.

Abu Arafa, seorang wartawan Agensi Berita Quds Press yang berpangkalan di London, telah ditangkap di rumahnya di bandar Hebron di Tebing Barat yang diduduki sejurus sebelum subuh pada Selasa.

Walaupun alasan penahanannya tidak dijelaskan, Abu Arafa baru-baru ini menjalankan penyiasatan berkenaan dasar Israel terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis, dan melaporkan secara meluas mengenai pembunuhan wartawan Palestin Shireen Abu Akleh.

“Daripada mengambil langkah akauntabiliti dan menghormati kebebasan akhbar, pihak berkuasa Israel sebaliknya telah menggandakan penindasan dengan menangkap seorang lagi wartawan Palestin ke dalam tahanan.

“Pihak berkuasa Israel harus segera membebaskan Amer Abu Arafa dan berhenti bertindak kejam dengan wartawan Palestin,” kata Justin Shilad, penyelidik kanan Timur Tengah dan Afrika Utara CPJ.

Agensi berita WAFA juga mengkritik penahanan Abu Arafa, dan mendakwa ia “adalah sebahagian daripada kempen serbuan Israel yang lebih besar di Tebing Barat.”

Ini bukan kali pertama Abu Arafa ditangkap oleh pihak berkuasa Israel. Pada 2011, dia ditahan hampir dua tahun tanpa sebarang tuduhan selepas melaporkan penahanan 120 anggota Hamas oleh tentera Israel.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button