Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinPendidikanSemasa

BBC padam kandungan sejarah Palestin, akur arahan Zionis

Terima kritikan 'galak kekejaman'

ENGLAND :  Stesen penyiaran berprestij, BBC – mencetuskan kemarahan ramai apabila bertindak menurunkan kandungan berkaitan Palestin dalam segmen portal pendidikan mereka.

Satu siri video pendidikan menceritakan mengenai Palestin dan asal-usul penjajahan Israel, serta, pembersihan etnik di Palestin telah menggugat sebuah organisasi pro-Israel, UK Lawyers for Israel (UKLFI) sehingga tindakan tegas diambil terhadap BBC.

Video yang mempunyai 7 bahagian itu merupakan sebahagian daripada siri GCSE Bitesize.

Paparan video itu pada asalnya  bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah fakta penjajahan atau sistem apartheid yang diperkenalkan Israel selama puluhan tahun di bumi Palestin.

Mac lalu, UKLFI mengkritik pihak BBC susulan hantaran video yang dianggap ‘berat sebelah dan bias’.  Bukan itu sahaja, rejim Zionis juga menuduh syarikat penyiaran itu mendorong keganasan dalam kalangan pelajar sekolah.

Walaubagaimanapun, pihak BBC akur dengan aduan UKLFI dan bertindak memadam semua isi kandungan dalam GCSE Bitesize yang berkaitan dengan kekejaman yang dilakukan pengganas Israel.

Menurut Ketua Pendidikan BBC, Helen Foulkes, tinjauan semula akan dilakukan bagi memastikan tiada maklumat yang tidak benar tersebar dan memastikan konten video tersebut mematuhi garis panduan Editorial BBC yang terbaharu.

“Video di Bitesize merupakan karya terulung kami sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu, kami akan pastikan tinjauan semula dilakukan bagi memastikan setiap video mematuhi garis panduan editorial BBC.” – Helen Foulkes/ Ketua Pendidikan BBC

Foulkes turut menjelaskan bahawa siri itu akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi ruang semakan oleh pihak editor. BBC akan memutuskan sama ada kandungan Bitesize ini dibuang serta merta atau disunting semula.

Pada April, UKLFI sekali lagi dengan bantuan Lembaga Perwakilan British Yahudi (BoD) campur tangan dalam mengubah suai isi kandungan buku teks sekolah di United Kingdom dengan memanipulasi fakta berkaitan asal usul Palestin dan penaklukan Israel ke bumi Syams itu.

Justeru, campur tangan ini dikutuk keras oleh para cendekiawan di Timur Tengah yang menyifatkan ubah suai kandungan itu merupakan propaganda rejim Zionis untuk mengalih mata dunia dari perkara sebenar.

Seorang aktivis Palestin meningatkan dunia, bahawa sistem pendidikan sekolah di seluruh negara mestilah bersikap apolitis atau tidak berpihak pada mana-mana politik, namun, dalam diam UKLFI telah menyunting isi kandungan asal buku teks GSCE yang sudahpun digunapakai hampir ribuan pelajar untuk membenci penduduk Palestin.

Serangan kejam Israel yang berlangsung selama 11 hari itu telah mengorbankan 253 rakyat Palestin, 66 kanak-kanak, 39 wanita dan 17 warga emas.

Diterjemah oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom

__________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button