Semasa

Zalim zionis berulang pada sambutan Ramadan

Lancar serangan di waktu subuh

GAZA :  [VIDEO] Pada awal pagi Sabtu di Gaza, serangan roket Zionis disasarkan di kawasan utara Gaza.

Nadir Al Nuri rakyat Malaysia yang berada di Gaza melaporkan keadaan semasa itu pada pagi kelmarin sambil memohon rakyat Malaysia mendoakan penduduk di Gaza.

Beliau melalui aplikasi telegramny ajuga berkata beberapa kawasan yang diserang roket tentera rejim termasuklah markaz latihan mujahidin dan tanah lapang.

Bagaimanapun belum ada berita mengenai syuhada’ dan kecederaan.

“Belum ada berita syuhada’ dan kecederaan. Doakan penduduk.” – Nadir Al Nuri

 

Menurut Al-Jazeera serangan tentera zionis ditujukan ke bahagian tengah Gaza sebagai membalas serangan.

Sejak beberapa hari ini, serangan udara Israel dilancarkan yang didakwa Israel disasarkan kepada sasaran keganasan.

Pada minggu lalu, sebelum Ramadan bermula Israel mengeluarkan kenyataan untuk menutup seketat-ketatnya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama dua hari bermula 13 April.

Tindakan itu diambil Barisan Pertahanan Israel, IDF, untuk meraikan satu perayaan sebagai Hari Pembebasan.

Tidak diketahui mengapa tentera rejim bertindak demikian namun tindakan itu sengaja dilakukan Zionis setiap kali Ramadan bermula di Palestin.

Related Articles

Back to top button