Covid19Semasa

COVID-19 : 7 pelajar Maktab Mahmud positif

Siasatan punca jangkitan sedang dilakukan

ALOR SETAR :  Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud, Baling disahkan positif Covid-19 pada Sabtu 17 April.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri masih menjalankan siasatan punca jangkitan wabak itu.

Katanya, pelajar terbabit terdiri daripada enam pelajar perempuan tingkatan empat manakala seorang lagi pelajar tingkatan satu.

“Pelajar tingkatan empat ini adalah dari kelas yang sama. Mengikut kebiasaan yang dilakukan hanya kelas yang terbabit sahaja yang akan ditutup. Sekiranya terdapat kes daripada banyak kelas, barulah sekolah akan ditutup, ia bergantung kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).” – Pengerusi J/kuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri / Datuk Dr Mohd Hayati Othman

“Seramai 80 pelajar, 23 guru dan dua penyelia menjadi kontak rapat dengan pelajar positif dan dipakaikan gelang pink. Siasatan mengenai kes ini masih dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri termasuk melaksanakan kerja-kerja isolasi,” katanya.

Datuk Dr Mohd Hayati, berkata kesemua pelajar yang positif sudah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau meminta ibu bapa memberi perhatian terhadap kes ini dan menyeru masyarakat di Baling untuk lebih menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – HM

Related Articles

Back to top button