Covid19KerohanianSemasa

Sheikh Yusuf Al Qaradawi positif Covid-19

Disahkan melalui Twitter rasmi, mohon doakan beliau

Doha 18 April: Seorang tokoh ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Al Qaradawi yang juga ketua pengasas Persekutuan Ulama Muslim Dunia telah didapati positif Covid-19.

Perkara itu disahkan menerusi akaun Twitter rasmi Al Qaradawi sendiri dalam ciapan beliau memohon agar pengikut-pengikutnya mendoakan pemulihan dan kesejahteraannya.

Yusuf Al-Qaradawi adalah seorang sarjana Islam Mesir yang berpusat di Doha, Qatar, dan ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim. Pengaruhnya termasuk Hassan al-Banna, Abul A’la Maududi dan Naeem Siddiqui.

Beliau terkenal dengan siri program al-Sharīʿa wa al-Ḥayāh (“Syariah dan Kehidupan”), yang disiarkan di Al Jazeera dan mendapat jumlah 40-60 juta tontonan di seluruh dunia.

Al-Qaradawi telah menerbitkan lebih daripada 120 buku, termasuk The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization. Dia juga telah menerima lapan anugerah antarabangsa atas sumbangannya dalam bidang keilmuan Islam, dan dianggap sebagai salah satu sarjana yang paling berpengaruh pada masa kini.

Beliau telah lama memainkan peranan penting dalam kepemimpinan intelektual Ikhwanul Muslimin, iaitu sebuah organisasi politik Mesir, walaupun beliau telah berulang kali menyatakan bahawa beliau bukan lagi anggota pernah menolak tawaran untuk memegang jawatan rasmi di organisasi itu sebanyak  dua kali (pada tahun 1976 dan 2004).

Antara pesanan yang paling diingati adalah beliau mengingatkan para ulama dan cendekiawan akan tanggungjawab sebagai seorang ilmuwan masyarakat supaya tidak tunduk kepada pemerintah zalim. Sebaliknya, mereka harus berani bersuara dan berkata benar meskipun memberi kesan terhadap pangkat dan harta mereka.

Bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima penjagaan yang sewajarnya.

Oleh Pelatih Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button