DuniaSemasaSyria

PBB kutuk serangan ke atas hospital awam di Syria

Ramai yang terbunuh dan cedera

NEW YORK 24 Mac : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres mengecam serangan di barat laut Syria baru-baru ini yang telah mengorbankan dan mencederakan puluhan orang awam.

Menurut jurucakap PBB, sebuah hospital di wilayah barat Aleppo yang dilanda serangan artileri pada 21 Mac telah mendapat sokongan PBB.

Puluhan orang awam di Syria cedera dan terbunuh dalam serangan baru-baru ini.Terdapat juga laporan tembakan di kawasan perumahan di bandar Aleppo yang menyebabkan orang awam terkorban, serta serangan udara berdekatan dengan kem untuk orang-orang yang kehilangan tempat tinggal,” – Jurucakap Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu / Farhan Haq

Setiausaha Agung turut menekankan bahawa perlunya gencatan senjata di seluruh negara, seperti yang diminta dalam resolusi Majlis Keselamatan 2254 (2015) dan meminta semua pihak segera bersama-sama memberi kerjasama untuk menghentikan permusuhan.

Dalam serangan pada pagi Ahad ke atas sebuah hospital di Atarib, ia telah meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa dan mencedera lebih 14 yang lain termasuk doktor dan jururawat.

Serangan yang berasingan ini mensasarkan kawasan yang menempatkan kemudahan gas beserta lori tangki dan trak yang membawa barangan berhampiran di Bab al-Hawa.

 

“Pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab atas kekejaman yang melanda ke atas Syria, serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam, termasuk unit perubatan seperti hospital adalah dilarang sama sekali di bawah Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa – Jurucakap Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu / Farhan Haq

Gambar dari udara menunjukkan asap tebal daripada kenderaan yang terbakar dalam serangan udara berhampiran sempadan Syria-Turki di wilayah dikuasai pemberontak di Idlib. - Foto fail AFP

Serangan udara juga dilaporkan berlaku di Bab al Hawa yang berdekatan dengan sempadan Syria-Turki, di mana operasi bantuan kemanusiaan PBB dalam menyelamatkan pelarian yang merentas sempadan berlaku.

– United Nations

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button