DuniaSemasa

Anak perempuan 7 tahun ditemui meninggal dunia di bawah timbunan

CIANJUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang menjadi tumpuan seharian usaha menyelamat selepas gempa bumi yang mengorbankan 272 orang di Jawa Barat telah ditemui meninggal dunia, kata penyelamat kepada media antarabangsa AFP pada Jumaat.

Jenazah Ashika Nur Fauziah atau panggilan manjanya Cika, ditemui tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

“Cika ditemui di bawah tiga lapisan konkrit. Jenazah Cika segera diserahkan kepada keluarga. Keluarga nampak redha dan kemudian mereka segera kebumikan anak mereka,” kata Jeksen Kolibu, 28, penyelamat yang menemui jenazah Cika.

“Mulanya keluarga itu agak histeria. Ternyata, mereka sangat sedih terutamanya ibu Cika yang menerima jenazah anaknya itu.”

Berpuluh-puluh sukarelawan penyelamat telah menghabiskan sebahagian besar hari Khamis menggunakan alat menggali, tukul dan tangan kosong untuk membersihkan serpihan dalam misi mencari yang boleh dikatakan rumit sehingga usaha mencari diteruskan hingga pagi Jumaat.

Tumpuan pencarian tertumpu sekitar rumah neneknya, di seberang jalan dari rumah keluarga, di mana ibunya percaya Cika leka bermain ketika gempa bumi melanda.

BACA JUGA
Gempa di Cianjur, MAPIM akan hantar delegasi


Bersama kami untuk membantu mangsa yang terkesan akibat gempa bumi di Indonesia melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button