PalestinSemasa

Wartawan Palestin menang hadiah Kebebasan Akhbar Dunia untuk liputan Perang Gaza

UNESCO telah menganugerahkan hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia kepada semua wartawan Palestin yang membuat liputan mengenai pembunuhan beramai-ramai israel di Gaza yang terkepung.

“Dalam masa kegelapan dan keputus asaan ini, kami ingin berkongsi mesej solidariti dan pengiktirafan kepada wartawan Palestin yang membuat liputan mengenai krisis ini dalam keadaan yang begitu bahaya,” kata Mauricio Weibel, ketua juri antarabangsa profesional media.

“Sebagai manusia, kita mempunyai hutang yang besar kepada keberanian dan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara.”

Audrey Azoulay, ketua pengarah di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB, berkata hadiah itu memberi penghormatan kepada keberanian wartawan menghadapi keadaan sukar dan berbahaya.

israel telah melancarkan serangan tanpa henti ke atas kawasan Palestin sejak 7 Oktober lalu. Hampir 34,600 rakyat Palestin sejak itu terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 77,800 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan keperluan asas yang teruk.

Lebih enam bulan selepas perang israel, kawasan Gaza yang luas hancur, mendorong 85 peratus penduduk enklaf itu ke berpindah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut PBB.

israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button