InspirasiSemasa

Sani Araby terima Anugerah 100 CEO Muda Terbaik 2020

Diiktiraf dalam kalangan 100 usahawan muda

KUALA LUMPUR – 19 Mac : Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby, Dr. Sani Araby Al-Kahery terpilih untuk menerima Anugerah Top 100 Young CEO 2020 yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada Khamis (18 Mac).

Beliau meluahkan rasa teruja dengan pengiktirafan ini dan mengucapkan rasa terima kasih kepada orang yang sentiasa berada di belakangnya memberi sokongan kepadanya dalam menguruskan perniagaan.

“Anugerah ini saya ingin dedikasikan kepada ibu dan ayah saya dan yang sentiasa berada di belakang saya iaitu isteri tersayang, keluarga, serta doakan agar perniagaan ini dapat membantu ummah”, Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby – Dr. Sani Araby Al-Kahery.

Anugerah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian CEO muda Malaysia yang mengurus perniagaan di semua sektor industri dan untuk menghormati sumbangan besar mereka terhadap pembangunan ekonomi negara.

Apabila bertanyakan mengenai strategi dan harapan untuk syarikat pada masa akan datang, beliau berhasrat untuk meluaskan lagi perniagaan serta membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

“Strategi yang mesti kita lakukan adalah berniaga seluas mungkin dan beri balik kepada ummah dengan berkongsi rezeki dan doakan syarikat yang kerdil ini mudahan satu hari nanti akan dapat buat perkampungan asnaf tersendiri dan kita nak banyakkan lagi syarikat dan kilang supaya ramai boleh kerja dengan kita”, Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby – Dr. Sani Araby Al-Kahery

Selain perniagaan, beliau juga giat memperjuangkan nasib rakyat Palestin, Syria dan Rohingya yang ditindas. Sani Araby Al-Kahery juga sering dijemput berucap dan memberi buah fikiran di peringkat antarabangsa dan dalam negara menerusi persidangan-persidangan serta perbincangan meja bulat.

Tambahan pula, Restoran Al-Araby Matha’am bakal mengadakan pelancaran cawangan baru di cawangan Bangi Getaway dalam masa terdekat. Ini merupakan cawangan ketiga yang ditubuhkan selepas di Bandar Bukit Mahkota dan satu lagi di Pulau Pinang.

Al-Araby Group of Companies merupakan syarikat milik penuh bumiputera dan kini sedang meluaskan cabang perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, pelayaran berkonsepkan Islamik, perladangan rusa, import dan eksport, Halal industri, perhotelan dan juga konsultansi syarikat.

Oleh Pelatih Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Nor Hanif bin Anuar.

 

Related Articles

Back to top button