KerohanianSemasa
Trending

Ketua Pengarah JAKIM meninggal dunia

Akibat komplikasi jantung dan paru-paru

SUNGAI BULOH :

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْه رَاجِعُون أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 1:00 petang tadi.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Allahyarham meninggal dunia akibat akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

 

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya dalam pentadbiran hal ehwal Islam negara.

Istana Negara dalam catatan Facebook rasmi memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu hari ini.

Baginda turut berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang solihin,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Datuk Paimuzi bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada Selasa iaitu 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

“Memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985) dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya.
Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1986 dengan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Islam Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM
.
Berpengalaman selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya.
Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah sebagai Pengarah di beberapa bahagian di JAKIM iaitu Pengarah JAKIM Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah JAWI tahun 2013.
Allahyarham Dato Paimuzi melihat tapak Masjid untuk dibangunkan semula selepas Tsunami di Palu-Indonesia bersama Ketua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia
Allahyarham Dato Paimuzi melaksanakan simbolik pecah tanah tanda bermulanya pembinaan 4 buah masjid yang dibangunkan semula oleh Agensi JAKIM beserta JAWI, YAPIEM dan lainnya di Palu – Indonesia selepas Bencana Tsunami
Pada 05 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.
Kemudian pada 01 Mei 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pada 01 April 2018, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM sehingga 26 Disember 2019.
Ketika menjadi Pengarah Jawi, beliau juga pernah mengambil tindakan ke atas dua kes besar iaitu Ustaz Kasanova dan ajaran sesat Millah Abraham, kira-kira enam tahun lalu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button