RAMALLAH: Tentera israel menembak dan membunuh dua lagi rakyat Palestin semasa serbuan tentera di Tebing Barat yang diduduki awal Khamis, ketika keganasan israel-Palestin terus meningkat, menurut media Palestin.
Agensi berita rasmi Wafa mengenal pasti mangsa yang maut sebagai Jawad Bawaqna, 58, dan Adham Jabarin. Mereka ditembak di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.
Media Palestin melaporkan bahawa Bawaqna adalah seorang guru, manakala Briged Syahid Al-Aqsa, militia bersenjata yang bergabung dengan Fatah. Manakala parti politik sekular yang mengawal Pihak Berkuasa Palestin, mendakwa Jabarin sebagai pejuang.
Palestinian teacher Jawad Bawaqna and young man Adham Jabareen were shot and killed by Israeli occupation forces during a military raid into Jenin camp. pic.twitter.com/QV84ppvxpf
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) January 19, 2023
Tentera israel tidak memberi sebarang komen segera.
Media Palestin juga melaporkan bahawa tentera israel telah menahan seorang pegawai tempatan kumpulan militan Jihad Islam di Jenin.
lsraeli occupation forces kill 2 Palestinians and injure many others during a military raid in Jenin camp. pic.twitter.com/RibtBSeiri
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 19, 2023
Ketegangan memuncak di Tebing Barat, di mana tentera israel melakukan serbuan tangkapan hampir setiap malam sejak musim lalu, selepas gelombang serangan Palestin terhadap warga israel yang mengorbankan 19 orang.
Motif serbuan israel adalah kononnya untuk merungkai rangkaian militan dan menggagalkan serangan masa depan.
Pemimpin syahid Batalyon Jenin, Adham Jabareen (25 tahun), yang tewas dalam bentrokan dengan pasukan penjajah zionis yang menyerbu kamp Jenin.#فريق_مجاهدون pic.twitter.com/b2SklnLNXx
— اٰبـٰ̲ـہوٰ عـٰ̲ـہبـٰ̲ـہيـٰ̲ـہدٰة ❥̚͢₎ (@Soulmateobaidah) January 19, 2023
Kematian Khamis lalu menjadikan 17 orang penduduk Palestin dibunuh oleh tentera israel di Tebing Barat sejak awal 2023.
Hampir 150 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis pada 2022, menurut angka oleh kumpulan hak asasi israel B’Tselem, menjadikan ia tahun paling teruk sejak 2004.
Israel menuduh kebanyakan yang terbunuh adalah militan. Walhal pembaling batu Palestin, pemuda yang memprotes pencerobohan dan orang lain yang tidak terlibat dalam konfrontasi juga telah dibunuh.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini