Covid19Semasa

Ayuh! ketahui panduan solat sunat khusuf

Gerhana bulan bukti kebesaran Allah SWT

KAJANG : Fenomena gerhana bulan yang julung kalinya berlaku terjadi pada hari ini tanggal 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H di seluruh Malaysia.

Gerhana dapat dilihat di bahagian ufuk timur, sama ada selepas terbenam matahari atau selepas maghrib.

Manakala, berakhir kira-kira jam 8:52 malam.

Gerhana ini bukanlah suatu petanda kemurkaan Allah SWT, malah ia merupakan simbolik kebesaran Ya Malik dalam memberi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan.

Umat Islam digalakkan mendirikan solat sunat gerhana bulan atau dikenali sebagai solat sunat Khusuf usai solat sunat maghrib.

Panduan Solat Sunat Khusuf

Solat sunat gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf dan kebiasaannya ditunaikan secara berjemaah.

Walaubagaimanapun, pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, masyarakat lebih digalakkan untuk menjalankan ibadah secara sendiri.

Niatnya :

Usolli sunnatal khusufi rak’ataini (ada’an / imaman) lillahi taala

“Sahaja aku solat sunat khusuf dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun
“Sahaja aku solat sunat khusuf dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

RAKAAT PERTAMA

  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

RAKAAT KEDUA

  1. Takbir rakaat ke-2.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir

Maklumat tambahan, sunat dibaca nyaring pada bacaan Al- Fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, manakala, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.

Selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbir pada dua khutbah itu.

Teks Khutbah Gerhana Bulan Penuh

Tajuk Khutbah Gerhana Bulan Penuh , 26 Mei 2021:

Menginsafi Kekuasaan Allah (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM)

Teks penuh khutbah boleh di muat turun link di bawah :

https://harianpost.my/wp-content/uploads/2021/05/Teks_Khutbah_Khas_Gerhana_Bulan_26_Mei_2021.pdf

Jangan lepaskan peluang menikmati keindahan gerhana bulan hari ini !

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button