Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

Limpahan cahaya bendera Palestin di Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Setar & Menara Kuantan188

Solidariti kepada Palestin

KUALA LUMPUR : [KEMAS KINI] Netizen mengucapkan tahniah buat Menara Kuala Lumpur atas sokongan terhadap Palestin.
Malam tadi, bangunan menara setinggi 515 meter dari aras laut itu di kemuncak Bukit Nanas itu dilimpahi cahaya warna-warna bendera Palestin, hitam putih, merah dan hijau.

Paparan itu sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara seIslam di Palestin.

Turut sama memaparkan cahaya warna bendera Palestin ialah Menara Alor Setar, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, ia sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat negara itu yang menjadi mangsa serangan Israel.

Menurutnya, cahaya berwarna hijau, merah, putih dan hitam itu dipasang selama seminggu bermula Sabtu lalu sehingga 22 Mei ini.

“Sebagai salah sebuah menara ikonik di Malaysia, kami merasakan ini merupakan tanggungjawab kami untuk berkongsi kesedaran dengan rakyat Malaysia khasnya untuk terus prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan seperti ini. Saya juga ingin menyeru, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin, ”  – Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar

Netizen menularkan solidariti Menara Kuala Lumpur

Untuk rekod, Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir  Mohamad pada 1 Oktober 1996.  Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam tiga fasa pembinaan.

Tidak ketinggalan menyatakan sokongan sama ialah Menara Kuantan 188 yang memancarkan cahaya warna bendera Palestin semalam.

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button