DuniaSemasa

Arab Saudi lantik 135 imam beri panduan Haji

Semoga mendapat haji yang mabrur

JEDDAH : Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi menugaskan 135 imam bagi memberikan bimbingan agama kepada jemaah haji akan datang.

Semua imam akan bersiap sedia menjawab sebarang pertanyaan yang berkait dengan urusan Haji.

Menurut laporan Arab News, langkah ini diambil susulan arahan kerajaan Arab Saudi bagi memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada jemaah Haji sepanjang ibadah berlangsung.

Talian telefon juga telah disediakan bagi memberikan maklum balas automatik terhadap pertanyaan jemaah haji dalam 10 bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Hindi, Urdu, Hausa, Indonesia, Bengali, dan Amharic.

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah, memaklumkan jemaah Haji akan diterima masuk pada 17 dan 18 Julai di empat pusat.

Mereka akan dibawa ke Masjidil Haram dengan bas bagi melakukan tawaf ketibaan, sebelum menuju ke tempat-tempat suci lain.

Dilaporkan seramai 60,000 pemohon dalam kalangan penduduk memenuhi syarat-syarat kesihatan dan peraturan yang ditetapkan.

Permit dikeluarkan kepada warganegara dari 150 negara. Keutamaan diberikan kepada kumpulan umur tertentu dan mereka yang belum pernah menunaikan Haji sebelumnya.

-ARAB NEWS

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

Related Articles

Back to top button