JAKARTA: Beberapa bahagian benua maritim timur mungkin menghadapi keadaan lebih lembap minggu ini berikutan corak cuaca La Nina, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).
Menurut pusat itu keadaan lebih kering berkemungkinan berlaku di sebahagian besar tanah besar di kawasan tengah dan timur manakala cuaca lebih sejuk melanda kawasan tengah dan tenggara.
“Untuk penilaian serantau terdapat peningkatan kecil keadaan itu berlaku di Semenanjung Malaysia,” menurut ASMC dalam kemas kini mingguannya.
ASMC juga meramalkan peluang sederhana di Sulawesi, Nusa Tenggara dan Kepulauan Maluku untuk menerima hujan sangat lebat dan peningkatan sederhana untuk keadaan panas melampau di Filipina.
Sepanjang minggu lalu, 43 bencana terdiri dua gempa bumi, 28 banjir, lapan tanah runtuh, satu ribut dan empat berkaitan angin telah menjejaskan rantau itu terutama Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia melaporkan banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin disebabkan hujan sederhana hingga lebat, air pasang, angin kencang, keadaan tanah yang tidak stabil, limpahan air sungai dan saluran pengairan.
Kawasan yang terjejas iaitu Aceh, Bali, Banten, Bengkulu, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Kalimantan Selatan, Lampung, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Barat, Sulawesi Tengah dan Sulawesi Utara.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa banjir berlaku di Kedah dan Melaka.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina melaporkan banjir, tanah runtuh, ribut dan angin yang disebabkan Siklon Tropika Nalgae serta gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter di Abra. – Bernama
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038