Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Bangkok arah papan tanda #FreePALESTINE diturunkan

Enggan jejas hubungan Thailand-Israel

BANGKOK : Hanya kerana tidak mahu hubungan baik di antara Thailand dan Israel, pihak berkuasa negara itu mengarahkan pemilik bangunan di Bangkok menurunkan papan iklan memaparkan sokongan terhadap Palestin.

Menurut laporan portal Thaiger semalam, papan iklan dengan tanda pagar #FreePALESTINE serta imej Masjid Al-Aqsa dinaikkan oleh sekumpulan penduduk Islam di Thailand.

Pemilik bangunan itu bagaimanapun dikatakan enggan menurunkan papan iklan tersebut.

Tindakan ini lantas menggesa pihak berkuasa Thailand memberi amaran keras kepada pelaku dan mengatakan tindakan undang-undang akan dikuatkuasa jika papan iklan itu masih ada.

Papan iklan itu kini telah pun diturunkan dan digantikan dengan ruang iklan untuk disewa.

Seorang aktivis politik Thailand, Veera Somkwamkid berkata, papan iklan Palestin itu tertakluk di bawah perlindungan hak kebebasan bersuara di Thailand. – AGENSI

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom/ Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

___________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button