Syria

Rumah penduduk di Syria dirobohkan dalam Ops Keselamatan

BEIRUT: Syrian Democratic Forces (SDF) di utara Syria memusnah serta meruntuhkan sekurang-kurangnya 140 bangunan persendirian yang menempatkan 147 keluarga dari Januari hingga Februari 2022 ketika cuba menangkap tahanan yang melarikan diri dan pejuang Negara Islam (ISIS) yang menyerang penjara berhampiran, umum Human Rights Watch hari ini.

Saksi berkata, SDF menggunakan jentolak untuk merobohkan rumah di kawasan kejiranan Ghweran Timur dan Al-Zuhour di bandar Al-Hasakah.

“SDF tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada umum untuk menjelaskan motif mereka memusnahkan rumah-rumah orang awam semata-mata untuk menangkap tahanan dan dalam masa sama mahu melindungi penduduk setempat,” kata Pengarah Krisis & Konflik Human Rights Watch, Gerry Simpson.

“Tetapi dalam masa sama, mereka sepatutnya membantu keluarga yang terkesan membina semula kehidupan mereka,” tambah Simpson.

Semua pihak dalam konflik bersenjata dalam Syria dikehendaki menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang melarang serangan yang ditujukan kepada objek awam, seperti rumah awam.

Jika objek awam seperti bangunan digunakan untuk tujuan ketenteraan dan menjadi objektif ketenteraan, serangan yang ditujukan kepadanya tidak boleh sembarangan atau tidak seimbang; iaitu, kematian orang awam yang dijangkakan, kecederaan serta kemudaratan lain termasuk kerosakan pada objek awam tidak boleh berlebihan berkaitan dengan kelebihan konkrit dan langsung ketenteraan yang dijangkakan.

Pemusnahan atau rampasan harta benda kecuali atas sebab keperluan ketenteraan yang penting adalah tidak dibenarkan.

Sejak konflik di Syria yang bermula tahun 2011, Pemerhati Hak Asasi Manusia dan kumpulan hak asasi lain telah mendokumentasikan perobohan rumah yang menyalahi undang-undang, serta pemusnahan harta benda malah rampasan harta awam, termasuk oleh pasukan keselamatan yang dikaitkan dengan Pentadbiran Autonomi Timur Laut Syria (AANES), tanpa diberi pampasan kepada pemilik.

Selama lebih tiga tahun, AANES juga dikatakan secara tidak sah telah menahan puluhan ribu suspek dan ahli keluarga ISIS asing di penjara serta kem yang ditawan apabila SDF atau pakatan yang diketuai Amerika Syarikat menumpaskan ISIS dari pendirian terakhirnya di Syria pada 2019.

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button