DuniaInspirasiSemasa

Ribuan Jemaah banjiri Masjidil Haram sepanjang Ramadan

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih 

MAKKAH : Masjidil Haram dalam fasa ketiga projek pembesaran membolehkan menerima hampir 19 juta Jemaah pada bulan Ramadan ini.

Pengarah Jabatan Pemgembangan Utara Eng., Walid Al-Masoudi, berkata selain solat Tarawih dan Tahajud masjid itu menerima kira-kira 18,911,278 untuk lima solat fardu berikutan projek pembesaran itu.

Masjidil haram turut menerima lebih 500,000 jemaah sejam dengan separuh daripadanya di Kawasan dalam masjid dan bakinya di dataran, lapor Saudi Gazette.

Al-Masoudi berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, Jemaah dibahagikan di semua tingkat bangunan pembesaran, di tingkat bawah, tingkat satu, mezanin pertama, mezanin kedua dengan balkoni dan di sekeliling dataran utara dan barat.

Tambahnya lagi, usaha itu di bawah arahan Ketua Presidensi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sebagai memenuhi aspirasi kepemimpinan yang bijak.

Pengurusan di Masjidil Haram berjalan lancar dan teratur kesan pengaturan rapi dan sempurna dibuat pihak berkuasa yang memberikan Jemaah berada dalam suasana sangat rohani dan tenang.

Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci dalam mengambil langkah berjaga-jaga, mereka menggiatkan operasi pembersihan, pembasmian kuman dan pensterilan menggunakan pembasmi kuman dengan 10 operasi mencuci di Masjidil Haram setiap hari.

Lebih 45 pasukan lapangan yang akan bertugas sepanjang masa untuk mensterilkan seluruh sudut Masjidil Haram dan kawasan luarnya. Malah, pihak presiden juga turut menyediakan lebih 300 peranti moden berkualiti tinggi untuk mensterilkan tangan dan peranti mengukur suhu disediakan kira-kira 70 peranti.

-Agensi

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button