DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

1 Juta warga Palestin ditangkap Israel sejak 1967

4,650 masih di dalam penjara ke hari ini

Sebanyak 1 juta warga Palestin telah ditangkap oleh pasukan Israel sejak perang Arab pada tahun 1967. Daripada jumlah tersebut, sekitar 17, 000 adalah wanita dan 50,000 lagi adalah kanak-kanak. Data itu didedahkan dalam satu kajian tempatan oleh Suruhanjaya Pengurusan Tahanan, kepada media (5 Jun)

Memetik agensi Anadolu, kajian itu menyatakan lebih 54,000 perintah tahanan dikeluarkan dan seramai 226 menemui ajal di dalam penjara Israel bagi tempoh yang sama. Kematian mereka disebabkan oleh penyeksaan secara fizikal dan psikologi, penderaan  moral dan perlakuan kejam.

Bagi tempoh sehingga bulan Mei tahun ini sahaja, kira-kira 4,650 orang Palestin masih di dalam penjara penjajah. 39 orang wanita dan 180 kanak-kanak adalah antara tahanan yang mengalami kesan yang menyedihkan.

Sejak kebelakangan ini rejim Israel meningkatkan kempen penahanan rakyat Palestin di Tebing Barat kerana membalas dendam terhadap penunjuk perasaan dan penentang kepada rampasan tanah penduduk Palestin di Sheikh Jarrah dan Sheikh Silwan.

Tindakan menahan pemuda-pemuda Palestin itu dilakukan seolah untuk memberi amaran kepada mereka untuk tidak mengulangi pertempuran yang berlaku di Masjidil Aqsa. Menuju ke penghujung Ramadan yang lalu, pertempuran berlaku membabitkan pemuda pendatang Yahudi dengan jemaah di Masjidil Aqsa.  Umat Islam juga dihalang berada di Aqsa sehinggalah  pejuang Hamas memberi kata dua supaya Israel jangan menghentikan tindakan mereka di Masjidil Aqsa. Amaran itu tidak dipedulikan Israel lantas menyebabkan perang Pedang Al Quds dilancarkan.

Serangan dibalas Israel sehingga membunuh 250 orang termasuk 66 kanak-kanak. Di pihak Israel enam maut.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button