Covid19KesihatanSemasa

Henti siasatan, tiada tindakan dikenakan kepada pihak produksi

All Together Now Malaysia rakam sebelum PKP 3.0

KUALA LUMPUR: Rancangan hiburan realiti televisyen, All Together Now Malaysia terbitan Astro tidak akan dikenakan sebarang tindakan susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kertas siasatan tidak akan dibuka dan tiada tindakan diambil kepada pihak penerbitan dan selebriti yang hadir selepas semakan mendapati rakaman program itu dibuat sebelum PKP 3.0 di Malaysia.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” – Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali/  Ketua Polis Putrajaya

Selasa lalu (8 Jun), pihak pengurusan program realiti yang bersiaran pada setiap hari Ahad itu memutuskan untuk menghentikan tayangan program tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP ketika rakaman berlangsung.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, mengulas lanjut rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Makluman terkini penjelasan mengenai tarikh rakaman All Together Now Malaysia

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom/ Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button