Semasa

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia

Shah Alam: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada 31 Julai 2022 pada jam 11.08 malam di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Tan Sri Abdul Khalid yang juga merupakan Bekas Menteri Besar Selangor itu telah dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sumber: Abdul Khalid Ibrahim

Allahyarham akan disemadikan di Makam di Raja Shah Alam. Hal ini berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh admin di laman Facebook Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam di Raja Shah Alam.”

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu. Allahyarham sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada injap jantung sebelum beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 24 Julai yang lalu.

Allahyarham sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 pada 13 Mac 2008, dan menerajui Selangor sehingga 22 September 2014. Allahyarham merupakan Menteri Besar Selangor yang pertama daripada parti pembangkang. – Facebook Abdul Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Meninggal Dunia, Sumber- FB Abdul Khalid Ibrahim

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button