DuniaSemasa

Gempa bumi magnitud 6.1 gegar Filipina

MANILA: Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegar wilayah Davao Occidental di Selatan Filipina hari ini.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, melaporkan gempa tersebut berlaku kira-kira jam 7.48 pagi waktu tempatan dan pada kedalaman 156 kilometer (km).

Berdasarkan laporan agensi berita Xinhua, gempa bumi berlaku 285 km tenggara pulau Sarangani.

Institut itu turut meramalkan gegaran susulan akan dijangka berlaku, gempa turut dirasai di bandar Cateel berhampiran Davao Occidental.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button