DuniaKemanusiaanSemasa

Nilai 7 tujuh barangan asas, hanya sama seliter susu

Ekonomi Lubnan pada tahap genting, antara 10 krisis ekonomi terburuk dunia!

LUBNAN : Lubnan disenarai antara 10 negara yang mengalami krisis ekonomi terburuk bagi tempoh selepas kurun ke-19.  Dalam satu laporan terbaharu di keluarkan oleh Bank Dunia bertajuk – `Lubnan karam dalam salah satu Episod Krisis Buruk Dunia’ negara itu disifatkan akan terjebak dalam kancah kemelesetan ekonomi yang ekonomi yang sangat genting.

Lubnan kata laporan itu menjurus ke arah berkenaan kerana pelbagai faktor. Ia berdepan masalah besar dengan polisi kerajaan yang gagal bertindak dan menokok permasalahan yang ada. Tiada pihak berkuasa yang berfungsi dengan sebenarnya juga mengheret keadaan ekonomi yang semakin runtuh sekaligus sistem sosial yang semakin rapuh.

Pengarah Bank Dunia Rantau Lubnan, Saroj Kumar Jha berkata Tripoli berdepan penyusutan sumber yang paling teruk.Keluaran Dalam Negara Kasar negara itu menjunam daripada 55$ bilion pound  pada tahun 2018 kepada $33bilion pada tahun lalu, manakala KDNK per kapita jatuh 40% didorong kejatuhan matawang.

Bayangkan harga roti seberat 960 gram adalah bersamaan $3,000 pound Lubnan atau bersamaan RM8.10 meningkat daripada harga sebelumnya 2,500 pound.  Harga terkini itu ialah tiga kali kenaikan harga yang dialami dalam tempoh sembilan bulan.

Menurut perkongsian Al Jazeera, jika  pada tahun 2019, tujuh jenis makanan keperluan asas seperti sebotol susu, sekilo beras, sekilo timun, sekilo epal, sekilo oren dan seekor ayam boleh dibeli dengan wang yang ada di tangan sebanyak 60,000 pound  namun kini harga yang sama hanya boleh mendapatkan seliter botol susu.

Kenaikan harga itu itu dijawab Kementerian Kewangan Lubnan kerana penyusutan nilai pound Lubnan yang kini hanya berharga 1,528 pound bagi ASD$1.

Agensi Berita Kebangsaannya, melaporkan harga roti telah mengalami dua kali ganda sejak tahun lalu, ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi dan politik serta impak pandemik coronavirus.

Kuasa membeli yang semakin lemah dijangka mencetuskan ketegangan oleh penduduknya yang sememangnya melihat kepincangan kempimpinan yang korup dan elit.

Harga baru roti itu juga dicapai selepas mesyuarat penting di antara Presiden Michel Aoun dan Perdana Menteri Saad Hariri. Namun harapan untuk menyelamatkan ekonomi Lubnan menuju jalan buntu apabila  tiada keputusan satu kabinet baharu dicapai, selepas berbulan-bulan tergantung tanpa noktah.

Yang nyata separuh daripada rakyat Lubnan hidup di bawah paras kemiskinan.

Pelarian dalam Syria yang berjumlah lebih kurang sejuta orang di Lubnan juga terkesan kerana hilang pekerjaan ditambah kejadian letupan pelabuhan Beirut pada Ogos lalu. Ramai di antara mereka juga makan gaji di pelabuhan dan sekitar bandar Beirut.

Inflasi melonjak 40% daripada kadar pada Febrauari lalu iaitu 28%.

Related Articles

Back to top button