DuniaSemasa

Arab Saudi buka kemasukan pengembara dari enam negara

RIYADH : Arab Saudi benarkan kemasukan pengembara dari enam negara iaitu Indonesia, India, Mesir, Brazil, Vietnam dan Pakistan bermula 1 Disember.

Memetik laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), setiap pengembara yang tiba tidak perlu menjalani 14 hari kuarantin sebelum memasuki negara itu.

Berdasarkan sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri, bagaimanapun prosedur kuarantin lima hari masih dikekalkan kepada setiap individu tanpa mengira status imunisasi.

Sementara itu, semua prosedur dan langkah tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button