Semasa

Evergreen masih gagal dialih!

Rancang tukar laluan lain

KAHERAH: Cubaan yang diteruskan semalam untuk mengapungkan kapal kontena mega yang menghalang laluan Terusan Suez di Mesir, masih gagal, kata pengurus kapal itu.

Krisis berkenaan sekali gus memaksa syarikat perkapalan untuk merancang semula perjalanan dengan menukar daripada menggunakan laluan penting di Afrika itu.

Kapal MV Ever Given yang memiliki saiz lebih panjang daripada empat padang bola sepak, tersekat merintangi seluruh terusan itu sejak Selasa lalu sehingga menghalang laluan di kedua-dua arah.

“Cubaan sekali lagi untuk mengapungkan kapal itu, hari ini (semalam), tidak berjaya,”

Keadaan itu sekali gus mencetuskan masalah kelewatan besar dalam penghantaran minyak dan produk lain.

“Setakat ini, tiada pencemaran atau kerosakan kargo dilaporkan. Siasatan awal juga menolak sebarang kegagalan enjin atau mekanikal sebagai punca kejadian,” kata BSM.

Kru dilihat bertungkus lumus sepanjang malam untuk menyelesaikan krisis itu, dengan menggunakan sebuah mesin pengorek besar dan diterangi cahaya lampu limpah. – AFP

Related Articles

Back to top button