KesihatanSemasa

Persampelan jangkitan rabies dijalankan di Shah Alam

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

Jabatan Perkhidmatan Verterinar (DVS) telah melancarkan tinjauan dan kegiatan persampelan bagi mengesan jangkitan rabies di kalangan anjing-anjing susulan kematian seorang lelaki akibat jangkitan rabies.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DVS, tinjauan telah dilakukan di sekeliling satu kilometer daripada tempat kejadian dan mengambil sampel dari anjing-anjing yang berkeliaran.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) merujuk kepada laporan Jabatan KesihatanNegeri Selangor mengenai satu kes rabies melibatkan seorang lelaki di DaerahPetaling, Selangor”

“Susulan itu DVS telah mengaktifkan survelan dan persampelan bagi mengesan rabies di kalangan anjing-anjing berkeliaran di kawasan satu km radius indeks kes”

“Setakat ini keputusan ujian Makmal Veterinar menggunakan teknik ujian Direct Fluorescent Antibody Test (DFAT) dari sampel yang di ambil menunjukkan negatif terhadap virus rabies,” katanya

DVS akan terus mengaktifkan survelan dan persampelan di kalangan anjing berkeliaran di Daerah Petaling untuk mengesan rabies.

Sehingga kini masih tiada aduan melibatkan kematian anjing dijangkiti rabies atau yang menjurus kepada tanda klinikal rabies di Negeri Selangor.

DVS memaklumkan bahawa program kawalan rabies dijalankan secara berterusan di seluruh negara.

“Hasil pemantauan dan ujian makmal DFAT ke atas sampel yang diuji selama ini menunjukkan tiada rabies dikesan,” katanya.

DVS telah menasihatkan supaya orang awam perlu berhati-hati dan terus melaporkan kepada DVS jika ada mana-mana anjing yang bersikap luar biasa.

“Orang awam dinasihatkan supaya segera melaporkan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang terdekat jika terdapat perubahan tingkah laku pada anjing samada menjadi agresif atau dungu”

“Kes gigitan anjing perlu segera dilaporkan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar dan mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan,” tambahnya.

DVS menasihatkan orang awam tidak panik dan memberi kerjasama kepada DVS dalam menangani kes rabies dikalangan haiwan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button