Peniaga durian luar daerah Raub perlu jalani ujian PCR Covid-19
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
KUANTAN : Yang Dipertua Majlis Daerah Raub mengarahkan semua peniaga dan pekebun durian dari luar daerah yang ingin memasuki Daerah Raub perlu menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19.
Hal ini berikutan penularan wabak COVID-19 telah dikesan berlaku dalam kalangan peniaga dan pekebun durian di beberapa lokaliti di Daerah Raub.
Jabatan Pertanian dalam satu kenyataan semalam berkata ujian haruslah dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan dan membawa keputusan ujian saringan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Sekatan Jalan Raya (SJR) Daerah Raub sebagai bukti.
“Arahan ini adalah berkuatkuasa serta merta dan semua pemegang Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia perlu mematuhi arahan ini.
“Perkara ini adalah sejajar dengan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Daerah Raub berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 72(1)(f)(i),” katanya.
Oleh Hafeez Anuar