Semasa

COVID-19 : 17,170 kes baharu dicatatkan

Kes harian Covid-19 masih diparas membimbangkan

PUTRAJAYA : Kes harian positif COVID-19 masih di paras 17,000 kes apabila sebanyak 17,170 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata  jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sudah mencecah 1,078,646 kes.

Beliau berkata, Selangor merekodkan 7,163 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,138 kes, Kedah (1,212), Johor  (1,054), Negeri Sembilan (884) dan Sabah (776) kes.

Manakala bagi negeri Pahang, ia mencatatkan (638) kes, Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582), Pulau Pinang (554), Terengganu (437) dan Melaka 416.

WP Putrajaya (84), WP Labuan  (11 ) dan Perlis  mencatatkan peningkatan kes dengan 10 kes baharu.

Orang lain diingatkan supaya terus melakukan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara kita.  Bersama kita putuskan rantaian Covid-19.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button