DuniaSemasa

Tiga ditahan langgar peraturan Haji

RIYADH : Tiga indiviudu ditahan selepas didapati melanggar peraturan haji apabila gagal mengemukakan permit yang sah,  demikian menurut Pasukan Keselamatan Haji, Brig Jeneral Sami Al-Shuwairekh.

Memetik laporan Arab News, mereka dikenakan tindakan undang-undang denda sebanyak SR10,000 (RM11,171).

Al-Shuwairekh meminta semua warga tempatan dan penduduk untuk mematuhi arahan menunaikan ibadah haji tahun ini, sambil mengingatkan anggota keselamatan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang memasuki perkarangan Masjidil Haram dan kawasan sekitar tanah suci (Mina, Muzdalifah, Arafat) tanpa izin sehingga 23 Julai.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah,  jemaah haji akan diterima masuk pada 17 dan 18 Julai di empat pusat, di mana mereka akan dibawa ke Masjidil Haram dengan bas untuk melakukan tawaf ketibaan, sebelum menuju ke tempat-tempat suci lain.

Kementerian turut mengumumkan bahawa pendaftaran dalam talian untuk jemaah haji yang bermula pada 13 Jun lalu, telah ditutup.

Dilaporkan seramai 60,000 pemohon dalam kalangan penduduk memenuhi syarat-syarat kesihatan dan peraturan yang ditetapkan.

Permit dikeluarkan kepada warganegara dari 150 negara. Keutamaan diberikan kepada kumpulan umur tertentu dan mereka yang belum pernah menunaikan haji sebelumnya.

– ARAB NEWS

Diterjemah oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button