DuniaKerohanianSemasa

Remaja Perancis melawat masjid selepas hina Islam

PARIS : Seorang remaja perempuan yang menjadi sasaran penindasan dalam talian kerana menghina agama Islam mengadakan pertemuan bersama imam utama masjid di Paris.

Gadis berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Mila melakukan kunjungan di masjid berkenaan selama sehari selepas mahkamah mensabitkan kesalahan ke atas 11 individu yang menganggunya.

Terdahulu, gadis itu terpaksa dipindahkan sekolah dan menerima perlindungan polis selepas videonya yang dimuat nasik di Instagram, menghina Islam dan memahari seorang lelaki pada awal 2020, tular di media sosial.

“Ini adalah petanda kedamaian yang amat penting untuk saya,” katanya kepada wartawan selepas menerima Al-Quran dengan balutan berwarna merah jambu daripada imam, Chems-eddine Hafiz..

Ketika lawatan selama dua jam itu, Hafiz memandu arah Mila di masjid itu dan menaranya, yang mana ia dilakukan di bawah kawalan keselamatan ketat.

“Masjid Paris terbuka untuk semua. Kami mahu menunjukkan apa makna sebenar Islam. Islam adalah agama yang harus dihormati,” katan Hafiz yang turut percaya kata-kata Mila di buat dalam konteks tertentu.

Undang-undang tegas Perancis mengenai ucapan berunsur kebencian menghukum mereka yang menghasut kebencian terhadap kumpulan berdasarkan agama atau bangsa mereka, namun tidak menghalang tindakan mengkritik atau menghina kepercayaan agama.

Mila, yang berasal dari tenggara wilayah Isere, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku mengenai pengalamannya berjudul ‘Saya ialah Harga Kebebasan Anda’.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi / AJ

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button