SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memutuskan untuk menukar status Hospital Ampang daripada Hybrid COVID-19 kepada hospital rawatan pesakit COVID-19 sepenuhnya (Hospital Full COVID-19) berkuat kuasa semalam.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata keputusan berkenaan diambil berikutan peningkatan kes harian COVID-19 yang tinggi terutamanya membabitkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah.
“Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum sehingga Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.”
“Secara keseluruhannya, kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,” katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status hospital itu bertarikh 22 Jun 2021.;;
“Secara keseluruhannya, kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,” –
Dr Sha’ari berkata susulan itu, semua rujukan pesakit bukan COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu mulai Rabu memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit COVID-19.
“Jabatan juga memohon kerjasama Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit bukan COVID-19 yang sedia ada supaya rawatan kepada pesakit berkenaan dapat diteruskan,” katanya menerusi surat itu,” menurut surat berkenaan. Sumber – BERNAMA
Oleh : NurFaisal Hakim – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM