SemasaSukan

Tiga bekas pemain kebangsaan tersenarai FIFA Century Club

Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari, Datuk  R.Arumugam

KUALA LUMPUR:  Sejarah tercipta apabila tiga bekas pemain kebangsaan tersenarai dalam FIFA Century Club oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ketiga- tiga pemain negara itu adalah Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk  R.Arumugam. Senarai rasmi ini dikeluarkan oleh resources.fifa.com.

Shukor Salleh atau dikenali ‘Mr.Cool’ yang bermain di posisi bahagian tengah dikatakan bermain secara tenang apabila berhadapan pihak lawan. Shukor yang muncul sebagai pemain terbanyak meraih penampilan bersama skuad Harimau Malaya iaitu sebanyak 163 penampilan bermula 1970 hingga 1981.

Mokhtar Dahari atau dikenali sebagai ‘supermokh’ kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kejayaannya. Mokhtar menjadi pemain kedua terbanyak beraksi bersama skuad kebangsaan dengan 138 penampilan dalam tempoh 14 tahun bermula 1972 hingga 1985.

R.Arumugam bekas penjaga gol kebangsaan yang juga dikenali sebagai ‘spiderman’ kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menepis bola percubaan pasukan lawan dengan cantik. Arumugam menjadi pemain negara ketiga yang beraksi dengan skuad kebangsaan dengan 131 penampilan sejak 1973 hingga 1986.

Secara rasmi rekod berkenaan dipegang oleh pemain Mesir, iaitu Ahmed Hassan yang tampil dalam 184 perlawanan bersama pasukan kebangsaannya sejak tahun 1995 hingga 2012.

Oleh : Zulfikre Ali – Pelatih Fakulti Animasi UiTM 

Related Articles

Back to top button