GAZA : Pelantikan pemimpin baharu Israel, diketuai Neftali Bennett, disifatkan para pimpinan Ha mas tidak akan memberikan sebarang faedah dan keuntungan positif, jauh sekali memihak kepada Palestin. Malah Jurucakap Ha mas, Sami Abu Zuhri dalam ciapan di Twitternya berkata, lebih daripada itu, Palestin berkemungkinan berdepan lebih buruk daripada dasar dan polisi Presiden terdahulu, Benjamin Netanyahu.
Abu Zuhri turut mengaitkan kegagalan bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membentuk kerajaan sebagai ‘kemenangan’ dalam pertempuran 11 Mei, di antara Hamas dan Israel pada Mei lalu.
“Kami tidak mengharapkan perubahan dalam kerajaan penceroboh, kerana mereka bersatu dengan dasar membunuh dan merampas hak Palestin,” – Jurucakap Hamas / Sami Abu Zuhri
Kerajaan Israel pasca Netanyahu, juga dijangka lebih agresif kerana mereka kini berdepan dengan realiti sokongan dunia terhadap Palestin yang semakin meningkat. Pada masa sokongan itu meningkat, sikap Bennett pula seperti yang diketahui adalah individu yang paling menentang penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Penganalisis Timur Tengah yang juga Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Datuk Dr Ridzuan Othman, dalam temu ramah eksklusifnya bersama UMMAHToday baru-baru ini berkata sokongan dunia terhadap Palestin semakin meningkat dan ini memberi mesej baik bahawa isu Palestin bukan sahaja isu kelompok Arab, dan Islam sebaliknya isu kemanusiaan sejagat yang harus didepani negara dunia.
Sokongan dunia terhadap Palestin semakin meningkat. Ribuan berdemonstrasi di jalanan, di bandar-bandar besar, seperti di United Kingdom, Amerika dan sebagainya. Ia memperlihatkan masyarkat dunia sudah mula boleh menerima isu Palestin bukan isu agama sebaliknya isu kemanusiaan global. Keadaan ini sekiranya dilakukan berterusan boleh sekurang-kurangnya melemahkan Israel tetapi dari sudut lain banyak yang perlu dilakukan. Satu manifestasi bahawa Palestin sudah mendapat sokongan, jika dulu suara Palestin tidak didengari kini nyata keadaannya berbeza.” – Penganalisis Timur Tengah / Prof Datuk Dr Ridzuan Othman
Bagi mereka yang sentiasa berada di lapangan kemusnahan dan penderitaan Gaza, Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, perubahan pimpinan Israel yang kini disandang Benett, tidak akan membawa perubahan kepada penduduk Palestin. Bennett menurut (Dr. ) Sani mempunyai rekod dan semangat yang sama seperti presiden sebelumnya, seorang yang rasis dan antikeamanan. Sehubungan itu, ia bukan berita gembira untuk ummah, sebaliknya menjadi isyarat untuk umat Islam dan dunia, berjuang menentang kezaliman rejim Zionis.
“Perkembangan terbaru di Israel menunjukkan tidak akan berlaku sebarang perubahan kepada penduduk Palestin. Presiden baru yang dilantik punyai rekod dan semangat yang sama seperti presiden sebelumnya. Rasis dan antikeamaan, jadi, ini bukan berita gembira untuk kita, tetapi ia adalah isyarat supaya kita terus berjuang menentang kezaliman rejim Zionis.” – Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM / (Dr.) Sani Araby Al Kahery
Setiausaha Agung Pergerakan Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustafa Barghouti pula memberi amaran kerajaan Bennett akan menyokong penyelesaian pendudukan haram Yahudi.
“Kerajaan Bennett akan menyokong penyelesaian pendudukan haram Yahudi dan diskriminasi kaum serta dilihat bakal lebih ekstrem berbanding pemerintahan sebelum ini.” – Setiausaha Agung Pergerakan Inisiatif Kebangsaan Palestin / Mustafa Barghouti
Barghouti dalam amarannya itu menambah tiada perbezaan di antara kedua-dua pemerintahan Benjamin Netanyahu dan Neftali Bennett. Kata beliau kedua-duanya adalah kerajaan penjajah, penceroboh dan mengamalkan diskriminasi kaum seperti kerajaan terdahulu dan bakal mengundang padah lebih besar.
Bennett akan mentadbir Israel selama dua tahun di dalam perjanjian gabungan baharu lapan parti Israel diikuti parti Yair Lapid dalam tempoh dua tahun akan datang. Tempoh pemerintahan itu juga menandakan berakhirnya zaman Netanyahu selama 12 tahun mentadbir negara Israel. Neftali selepas pelantikannya berkata akan memperluas kawasan penempatan ke kawasan C Tebing Barat.
Pembahagian kawasan antara Palestin dan Israel di dalam perjanjian Oslo 1995 membahagikan Palestin Tebing Barat kepada 3 kawasan A,B, dan C termasuk Tebing Barat serta Baitulmaqdis. Kawasan C di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Israel sehingga perjanjian akhir dengan Palestin dicapai.
Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan
__________________________________________________________________________________________________
****
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia
Â