EkonomiPalestin

Gaza rugi besar, kawasan industri musnah dibom

Ratusan hilang pekerjaan, perniagaan

GAZA : Pertempuran 11 hari menyaksikan kemusnahan dahsyat ke atas Gaza. Kerugian besar dialami kerana kawasan industrinya bagai padang jarak padang tekukur.

Antara yang menjadi nadi Gaza ialah projek penjanaan tenaga solar, yang hanya baru dilancarkan tiga bulan lalu, Kini projek yang dibangunkan di tanah berkeluasan 6,000 meter persegi hanya tinggal cebisan runtuhan kemusnahan. Pengeboman secara langsung ke atas kawasan perindustrian juga merosakkan aktiviti ekonomi masyarakat Gaza. 14 buah kilang musnah sebahagian.

Hilang sekelip mata. 17 Mei, pelaburan Sami al-Ghazali, pemilik kilang ais krim tempatan, Maatoug Booza, lenyap dibom Israel. Kilangnya berupaya mengeluarkan 5,000 liter gelato Itali dalam sebulan, antara yang digemari penduduk Gaza.

Palestinian employees work at the Al-Arees ice cream factory which is using cooking oil to operate due to a lack of fuel in Khan Yunis in the southern Gaza Strip on April 7, 2012. Gaza has been in the grip of a severe power crisis for months now, with its sole electricity plant unable to function because of an interruption in the supply of fuel to the territory. AFP PHOTO/ SAID KHATIB (Photo credit should read SAID KHATIB/AFP via Getty Images)

“Saya melabur lebih $500,000 untuk membina perniagaan ini di kawasan selamat daripada sebarang serangan Israel. Tapi, semua sudah ranap. Peti sejuk, bahan mentah, peralatan, bahan api dan elektrik untuk pengeluaran sudah tiada. Sukar untuk dibina semula.”- Sami al-Ghazali/ Pemilik Maatoug Booza (kilang membuat ais krim)

Anas al-Khudary, pemilik Foamco Mattress pembuat kilang yang paling banyak membekal ke seluruh Gaza masih terkejut dengan kemusnahan yang dialami beliau, kerugiannya sahaja mencecah $4juta.

Lembaga Pengarah Syarikat Pembangunan dan Pelaburan Palestin (PADICO), memganggarkan kemusnahan industri Gaza menjangkau $200,000 juta dalam dalam hari pertempuran. Pengerusinya, Bashar Masri, berkata tulang belakang ekonomi Gaza hancur.

“Tiga bulan yang lalu, kami membuka projek penjanaan tenaga elektrik setelah 4 tahun mengalami kesulitan dan rintangan. Hari ini, kerana pengeboman, kemusnahan ini telah berlaku di bandar perindustrian Gaza, yang merupakan tulang belakang ekonomi Gaza.” – Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Pembangunan dan Pelaburan Palestin /Bashar Masri

Selain kilang , infrastrukturnya juga hancur. Kawasan perkilangan dijadikan sasaran tentera Israel untuk menekan Gaza. Kemusnahan ekonomi dengan kemudahan industri menyebabkan pengangguran meningkat. Ini kerana 20,000 orang bakal hilang pekerjaan.

Masri dan beberapa delegasi membuat pemeriksaan ke atas kilang-kilang yang musnah sepenuhnya dan yang musnah sebahagian pasca peperangan Pedang Al-Quds.

Bagi perancangan akan datang, satu pelan sedang dirangka untuk mengembangkan zon perindustrian yang terjejas supaya kilang itu dapat beroperasi kembali. Menurut Masri, ini sangat penting kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Palestin di Gaza. Sejumlah 600 pekerja hilang pekerjaan akibat kemusnahan kilang-kilang terbabit.

Untuk pembangunan semula Gaza ini, pastinya memerlukan jutaan wang ringgit. Sumbangan semua masyarakat , baik di dunia juga di Malaysia boleh membantu Gaza membangun semula seterusnya memberi peluang kepada pencari rezeki di Gaza hidup membina diri dan keluarga mereka.

Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia MAPIM antaranya menjadi anggota rangkaian NGO dalam Aqsa Defenders, yang bermatlamat mengumpul sumbangan untuk membina semula Gaza.  Bagi program jangka pendek MAPIM telah menghantar beberapa kontena bantuan makanan pada sebelum Aidil fitri, dan juga pada masa perang berlaku. Untuk jangka masa panjang, MAPIM akan terbabit dalam menyusun bantuan yang bersesuaian dan berkeperluan termasuklah pembinaan sekolah, rumah dan infrastruktur lain.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button